Friday 25 June 2010

Dua Kali... Nasib Tak Tiga

Salam world...
Aku tulis entri ni start kelmarin lagi sebab proses menapis dan mengehadkan penulisan yang melampau mengambil masa yang lama... Banyak perkatan kesat dan watak-watak dikurangkan... Maknanya ini kisah 24/06/2010


Hari ni memang gilak vavi tol lah... Tengah muram pagi-pagi kat sekolah, tiba-tiba ada geng sampaikan khabar yang baik yang berbunyi "Shidi!!! Harini klas bio & kimia tak dak!!! Yeah!! kita enjoy!!", kata Faiz. Aku pon bapak lagi... Happy macam orang baru bersalin la...


10 minutes later...


"Shidi, ckgu kata klas tambahan ja tak dak... blajaq ada la macam besa...", kata Faiz.
"Haram tol! Aku putus cinta pon tak sefrust ni..huhuhu", balas aku.
"hang kata hang... Aku hang tak tau..", balas Faiz.
"Hahaha...", sambung Pau.


Tengah happy bermesra... Ada somebody dengan muka ala Tok Guru Shaolin jalan laju-laju ke arah klas aku. Pastu bila sampai trus tanya "masa plajaran apa skang?" (suara ala pengganas), kata encik muka ala Tok Guru Shaolin. Satu klas jawab "Masa Kimia!!! Cikgu Tak dak!!!". Terus dia balas... pakai la akai sama... Cikgu tak dak ni buka buku baca la...


Masa tu, kawan aku tengah main rubic cube (betul ntah? janji benda warna-warni tu la...). Slumber pencuri ja dia rampas mainan tu... Dengan lafaz "bak sini mainan tu!!!"


Kali KE-2


Dalam surau skolah aku tu luas...So, kami pon bareng la sambil berguling-guling sebab happy... tengah syok2 buat perkara pelik tu, tiba-tiba encik muka ala Tok Guru Shaolin tu msuk surau... Dialog ni berlaku :


Shaolin : (Dengan gaya samurai masuk surau) Tingkatan berapa ni?
Aku & geng aku : 5!
Shaolin : Apa? (Dengan gaya hulkhogan)
Aku & geng aku : 5! (dalam hati aku berbisik "pekak ke org tua ni?")
Shaolin : Fuhh!!! Sakit jantung saya kalo saya ibu bapa kamu yang datang nak cari kamu...Kelas tingkatan 5 ada berapa?Kamu kelas mana?
Aku & geng aku : 5 Sains 1 (aku yang bijak menyampuk dalam hati lagi "awat yg hg tak tanya awai-awai kami klas mna... Adoi...")
Shaolin : (Buat muka terkejut) Kelas td kan?
Aku & geng aku : Yo la!!!
Shaolin : Baca la buku... Kamu klas depan ni. Buat apa buang masa?
Aku & geng aku : Senyap.. Amik buku Buat-buat baca...
Encik muka ala Tok Guru Shaolin tu pon belah la...


2 kali kami kena dengan encik muka ala Tok Guru Shaolin tu harini...
Ada kebarangkalian yang ada magnetic force antara kami encik muka ala Tok Guru Shaolin tu...
Apa pun... encik muka ala Tok Guru Shaolin memang cool!!! hahaha


p/s : cerita ni bohong ja...(aku takot orang terdekat baca)

Wednesday 23 June 2010

Still loving Her

Salam to all makhluk...


Aku rasa sedih nak mati la... Semua orang put the blame on me... Cuma sebab hal yg sebesar zarah je...
Aku sayang dia la! Aku cinta la kat dia! Baru je abaikan dia seminggu, dah tuduh aku tak sayang dia?! Macam tu adil ke?! Pastu mula la ungkit, dulu dia la paling lawa di mataku tp kini???, dulu orang lain jgn dekati dia aku je bole tp skarang???


kepada org yang mnuduh tu... Jaga la mulut anda sebelum anda perlu menjaganya dengan lebih rapi...


aku sayang lagi la moto aku tu... Buduh!!! Nanti aku basuh la... Aku polish lagi tau... Skarang ni aku busy la...


taaa...hahaha(",)

Tuesday 22 June 2010

Suka-suka

salam...


Malam ni malam... So, aku tak kluar umah la... Sempat la aku nak berbelog jap.. Memenuhkan ruangan aku yg ntah bila akn pnuh...


Sbenarnya.. Aku nak kngsi citer gan korang ni... Citer yg agak sahih faktanya ini... Tiada ragu-ragu untuk korang mndengarnya...


Aku bru je lpas blik drpd brcuti kat 1 tmpt yg mmng best nak mati... Dgn keindahan pulaunya... Airnya yg mmng jernih suci dan mnghijau... Bukit yg tnggi setinggi atap mnara alor star... Udara sesegar udara di dalam bilik hotel 5 bintang... Pasir...Pasir xde sbb bkn pantai, tasek je...
Bukan tu aku nak citerkan tp citer ini... Kat tmpat aku bercuti tu hutan tebal sial... Pastu mcm biasa la dalam hutan mesti la banyak kehidupan kan.. Monyet, Babun, Kera, Lutung, Siamang... (haiwan atas pokok je aku sebut...). yang tak leh blahnya, mereka yg ghaib pon mendiami hutan tu...


Cerita bermula apabila 'wa' aku gtau dia nmpk beliau si hantu yg kebetulan lalu kat situ... Aku yg dengar ni apa lg.. Sikit je lagi nak cirit dalam sluar.. Takotnya lebih takot daripada korang nak khatan(sunat)


Korang nak tawu nape ak ase mcm tu... Malam tu aku nyanyi lagu tajuk "Pontianak"... Saje gatal mulut... hehehe... Aku sja nak gamat suasana dgn nyanyi lagu dasyat tu.. tup-tup... Ada org nmpk trus... Kebetulan or memang ye salah aku pon aku xpasti...


p/s : kepada hantu tu, aku mintak maap sebab dah nyanyi lagu kau... Maaf ye cik hantu... Tata.. Muah!

Sunday 20 June 2010

yesterday

hari ni hari Ahad...


aku rasa hari ni hari paling haru-biru...biasalah hidup ni penuh pancaroba yang dengan tamak halobanya menjadikan hidupku carca-marba...(ahhh...ayat xleh blah der..)


tadi pegi makan kat gerai makcik ku...biasalah orang kampung (kg la sngt..) makan kat gerai je..


time on the way nak pegi tu... aku lalu 1 jalan ni... dengan jiwa remaja, aku memecut dn-01 aku tu... sempat lak aku pandang kiri kanan jalan tu...(nak nikmati suasana malam konon..)


sampai 1 tempat tu... anak mata aku gatal terpandang lembaga apa tah duk lepak kat atas dahan pokok tu (shit u mataku!!!)... so, sampai skang aku still bangang lagi apa benda tu... hantukah? awekkah? duyungkah? mak aku kah?(dia mara aku pegi makan kat kedai, dah malam...so, tkot aku gemuk...)


pe pun... maggi goreng makcik aku sedap... taa...


p/s : mak cik!!! milo kurang manis la...=(

Saturday 19 June 2010

suka-suki

Catat rekod Pulau Tali Kail
GERIK – Seramai 110 cucu cicit Allahyarham Jaafar Kassim atau lebih terkenal dengan nama Tok Nandok berjaya dikumpulkan dalam Perhimpunan Hari Keluarga Tok Nandok yang diadakan selama tiga hari di Pulau Tali Kail, Tasik Temengor, dekat sini.

Pengarah Program perhimpunan keluarga berkenaan, Mohd Kamil Idris berkata, perhimpunan itu diadakan bermula pada 11 hingga 13 Jun lalu diilhamkan Mohd Adham Azan yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Hulu Perak.

Menurutnya, Tok Nandok adalah seorang guru silat yang membuka gelanggang di seberang Sungai Luat berketurunan Moyang Perak yang mempunyai rangkaian keluarga terbesar di Luat iaitu seramai lebih 300 ahli keluarga.

“Tujuan utama perhimpunan ini diadakan untuk menyatukan semua cucu cicit Tok Nandok dari serata negara dengan hasrat membina kembali silaturahim dan memastikan hubungan sesama keluarga ini terus berkekalan.

“Ini julung kali diadakan dan kami jalankan di luar kampung halaman,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, ada dalam kalangan cucu cicit Tok Nandok ini tidak mengenali antara satu sama lain kerana kebanyakan mereka merantau keluar dari Kampung Luat.

“Perhimpunan keluarga Tok Nandok ini juga berjaya mencipta rekod aktiviti meredah hutan di Pulau Tali Kail apabila ia disertai hampir 80 ahli keluarga termasuk lebih 30 kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

“Aktiviti meredah hutan itu sejauh lebih kurang dua Kilometer melalui bukit dan lurah sehingga ke kawasan menara tinjau serta berakhir di hujung kawasan pulau,” katanya.

Menurutnya, bagi perhimpunan pada masa akan datang pihaknya akan mencari lokasi yang lain pula dengan harapan lebih ramai ahli keluarga Tok Nandok dapat menyertainya


pemberitahuan;ini ialah keluarga saya..hahaha

Tuesday 15 June 2010

Masih Teringat

cuaca : sedikit rintik hujannya
mood : =[
______________________________________________________________________________

arini tetiba ja ak rasa nak bg bnyk entri dlm blog ak ni... pastu ak tingat kat saudara kat palestin tuh.. apa dorang tenga buat ye? makan ke belum?
sama-sama je la kita doakan dorang...

لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي 
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ 
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ 
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ 
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ 
وَهُمْ كَذَلِكَ 
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ 
وَأَيْنَ هُمْ 
قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ 

Maksud hadis: 
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian. 
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?” 
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

persoalannya skarang!
sapakah mnusia yg akan tampil untuk mmbebaskan Baitul Maqdis selepas ni??
akukah?!
diakah?!
merekakah?!
kitakah?!
duniakah?!

fikirkanla...

Tuesday 8 June 2010

Lupakan Kesedapan Demi Kenikmatan

tajuk entri yang xbole blah...
tp tu lah kata2 semangat untuk aku terus berusaha men-dietkan diri...
so,trpaksa la lpakan burger...ayam...daging...ikan...then kna la slalu ingtkan sayur ulam pucuk yg mnghijau...

huhuhu...cepat la turun wahai brat bdn...

Sunday 4 April 2010

Jahat Orang Tu!!!

Assalamualaikum...

Isk.. Isk.. Isk.. Jahat orang tu kutuk aku...
ada patut beliau kata aku ni menganaktirikan bolgger.com ni..
aku sayang la blog aku ni...
relex la...baru 2 bulan tak aktif...huhuhu...
aku kan busy...haha
----------------------------------------------------------
kepada beliau...
bodoh  pandai kau!
jahat baik kau!
bucuk wangi kau!
gemuk kurus kau!
jahanam berguna kau!

sekian sudah..
thank you..haha=)

Sunday 3 January 2010

Hargai Kawan, Bukan Gunakan Kawan.

Aku menulis belog ni bukan sebab nak caci-maki siapa-siapa, bukan juga suka-suka semata-mata tapi cuma sekadar melepaskan tekanan yang menyelubungi hidupku ini. Maaf la kepada kawan-kawan yang baik di luar sana. Aku menulis belog ni sebab nak mengkritik sikap KAWAN yang kurang baik, makhluk ciptaan tuhan ni bukan la jahat atau kejam tapi cuma kurang tahap keprihatinannya terhadap perasaan orang di sekelilingnya. Arghhhh!!! Dah la tu, terus ke tajuk utama:-

Aku nak cerita tentang seorang kawan yang lebih junior dari aku ni... Sudah la junior, dia tu dilahirkan dalam kalangan hawa pula. Sepatutnya, wujudkan la diri tu sebagai seorang hawa yang sopan dan santun...

Hangpa semua tau tak, asal ada problem... Bagitau aku. Sedih sikit... Aku tempat mengadu. Tapi! Bila part yang best, yang happy sangat, bab suka-suki... Aku tak pernah tahu pun??? Dia tak pernah bagitau pun??? Kenapa? Aku ni cuma tempat dia melepaskan tekanan saja ke?...

So, kepada kawan-kawan dekat luar sana tu jadilah kawan yang baik, sebabnya tak mendatangkan kerugian pun pada pihak sekolah atau kerajaan yang memerintah jika hangpa jadi kawan yang lebih baik dan lebih prihatin terhadat perasaan orang lain..


Sekian...(",)

+chedy+